Sunday, October 4, 2015

Image result for dugaan

DUGAAN! Satu perkataan yang sering bermain di minda saya...Ya, dugaan. Saya yakin semua orang ada dugaan. Cuma kecil aau besarnya dugaan itu bergantung pada diri yang menilainya. Tidak kiralah dugaan itu besar atau kecil namun saya pasti ianya menggangu hati. Ksejahteraan, ketenangan dan kegembiraan hati.Teringat sebuah buku yang saya baca, "Allah tidak pernah jauh". Dalam buku tersebut ada menyatakan bahawa PERSEDIAAN adalah langkah pertama yang harus kita ambil untuk menghadapi dugaan. Persediaan dari segi apa ??? 
Persediaan dari segi mental dan fizikal. Dalam buku tersebut juga menyatakan bahawa orang berakal dan berjaya adalah mereka yang membuat pertimbangan dengan persediaan rapi. Jadi. disini persediaan adalah pnting. Dengan adanya persediaan yang rapi. Insha Allah, segala bentuk dugaan yang datang dapat kita hadapi dan tangani dengan baik, tenang dan rasional.