Saturday, April 21, 2012




terkadang cinta yg hadir di hati manusia jua ujian. Dihadirkan perasaan itu dan dijauhkan pula dari mendapatknnya. Maka kita teruji dan mengalami hari-hari suram. cubalah sedaya upaya utk menepis sgla godaan. Percayalah jika sesuatu yg ditakdirkan betul-betul utk kita, sesukar apapun, ia akn kmbli kpada kita, bgitulh jua sbliknya.. 





Ya Allah....bantu hamba Mu..hilangkan lah perasaan ini jika bukan ini yang terbaik buat ku...Aminn..



Friday, April 13, 2012

Kata Azimat




- Berkata-katamemang mudah tetapi apabila orang yang berhadapan dengan musibah dan yang sedamg melalui kesedihan itulah yang menanggungnya.


- Berjanjilah kepada diri untuk tidak menyakiti diri sendiri lagi dan juga menyakiti orang lain. 


- Allah SWT. Maha Berkuasa dan Dia tidak memberikan musibah sembarangan kepada orang yang tidak tepat. Hal ini kerana setiap yang Allah SWT lakukan telah Dia rancang dengan sempurna tanpa ada kecacatan, malah sangat adil dan sempurna. 


- Kesusahan yang diturunkan kepada manusia bukan bermaksud untuk menyusahkan manusia tetapi sebagai ujian untuk menguji keimanan dan kesabaran manusia. Andai kehidupan di dunia ini sentiasa aman, tenang, gembira, berjaya dan senang, maka tiada warna warni yang indah menghiasi kehidupan. Kesusahan tersebut sedikit sebanyak menjadi asam garam kehidupan yang memberi pengalaman dan kenikmatan kepada manusia selain kematangan mengharungi kehidupan selepasnya. 

Dipetik dari buku " Subhanallah Ada Rahmat di Sebalik Musibah"- Azar Ahmad


Doa Kalbu




"Ya Allah, ampunilah aku atas sikapku yang suka mengeluh setiap kali berhadapan dengan musibah. Aku adalah insan yang sangat lemah, maka itu berilah aku kekuatan untuk menghadapi kesedihan ini. Sesungguhnya Engkau Maha Kuat dan Pengasih Kepada hamba-hamba-Mu. Amin."


"Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perasaan keliru, jauhkan aku daripada perasaan tidak tahu, dan ajuhkan aku daripada kebodohan. Berilah ketenangan dalam jiwa dan fikiranku supaya aku menerima dugaan daripada-Mu dengan lapang dada."

"Ya Allah, ampunilah diriku yang lemah ini. Jangan biarkan aku berada dalam kemelut kekcewaan yang berpanjangan dan andai tindakanku menyimpang daripada suruhan-Mu, maka sedarkanlah aku. Engkau hapuskanlah segala sikap mazmumah yang bersarang di dalam hatiku ini dengan selalu menyalahkan orang lain dan menidakkan qada dan qadar-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Sempurna dan Maha Penyayang."

Monday, April 9, 2012


❝ℳℰℕDaa ¡ta Yaℕℊ aa daℛℰda¡.., ヅヅ

dalam pantas waktu yang berlalu,
terpendam erat di sudut kalbu,
secebis rasa kasih dan rindu,
mengharap insan datang bertamu,

tidak ku mengharap dia yang sempurna,
kerna kusedar diri ini jua penuh noda,
harapan terlafaz pada Sang Pencipta,
biarlah ikhlas tulus mencinta,

tidak ku pinta mewahnya harta,
tidak ku damba indahnya paras dan rupa,
tidak mengira bagaimanapun dia,
akan kuterima dia apa adanya,

wahai kekasih yang bakal kutemui,
sandarkan cinta pada Sang Illahi,
biarlah aku terus menanti dirimu,
kerna terciptanya aku hanya untukmu,


oleh-insankerdillagilemah-

kredit:
 http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/mendamba-cinta-yang-halal-dan-diredhai/#ixzz1rY0GlDYq