Friday, April 13, 2012

Kata Azimat




- Berkata-katamemang mudah tetapi apabila orang yang berhadapan dengan musibah dan yang sedamg melalui kesedihan itulah yang menanggungnya.


- Berjanjilah kepada diri untuk tidak menyakiti diri sendiri lagi dan juga menyakiti orang lain. 


- Allah SWT. Maha Berkuasa dan Dia tidak memberikan musibah sembarangan kepada orang yang tidak tepat. Hal ini kerana setiap yang Allah SWT lakukan telah Dia rancang dengan sempurna tanpa ada kecacatan, malah sangat adil dan sempurna. 


- Kesusahan yang diturunkan kepada manusia bukan bermaksud untuk menyusahkan manusia tetapi sebagai ujian untuk menguji keimanan dan kesabaran manusia. Andai kehidupan di dunia ini sentiasa aman, tenang, gembira, berjaya dan senang, maka tiada warna warni yang indah menghiasi kehidupan. Kesusahan tersebut sedikit sebanyak menjadi asam garam kehidupan yang memberi pengalaman dan kenikmatan kepada manusia selain kematangan mengharungi kehidupan selepasnya. 

Dipetik dari buku " Subhanallah Ada Rahmat di Sebalik Musibah"- Azar Ahmad


No comments:

Post a Comment