kali ini aku berkongsi sebuah puisi yang amat menyentuh hati ini..puisi yang menjadi pembakar semangat untuk aku terus mengapai kejayaan walaupun kini diri berjauhan dari keluarga...jadi hayati lah...
Sebening Air Mata
Air mata..Zahirnya titisan bening terbit dari pelupuk mataMengalir kala kolam sepasang mata tiada mampu mengempangnyaNamun..walau hanya titisan air tampak tiada hargamemberi sejuta makna pada pemilik ragaEkspresi gelojak dan rasa di jiwa
Air mata dan tangis…Bahasa pertama seorang manusiauntuk dewasa mencari puncaapa ingin dikhabar si kecil tercintaInginnya, sakit, lapar,takut, tidak selesatangisan dan air mata menjadi bahasa
Air Mata dan tangisKala sanubari dirangkul gembira..Titis itu cermin terharu dan bahagiaMenggamit insan memandang ikut ceriamenangis gembira hati bahagia
Air Mata…Kala kesakitan tiada terperiTitis itulah bercerita pada pemerhatiwalau ulas bibir rapat terkuncicukup buat insan mengerti
Air Mata..Kala sanubari dihimpit dukatitis itu teman deritameringan beban hati sengsaraEngkaulah teman kala bahagia dan nestapa
Air Mata..Engkaulah teman rafik raga dan sanubariEngkau hanya biasa bagi yang tidak mengertihakikatnya engkaulah pembela di akhirat nantijika gugurmu kerana Ilahi
Air Mata..Gugurlah engkau kerana takutku pada yang EsaGugurlah engkau kerana takutku pada azab di alam baqaGugurlah engkau kerana takutku pada azab nerakaGugurlah engkau kerana takutku menghadapi dahsyatnya akhirat sana
Gugurlah engkau kala keinsafan di atas segala dosaGugurlah engkau kala rasa hinanya diriku di sisi Yang EsaGugurlah engkau kala kumemohon diampun dosa dan alpaGugurlah engkau kala kumemohon taubatku diterima
Gugurlah engkau kala kumemohon petunjukNyaGugurlah engkau kala kumemohon bantuanNyaGugurlah engkau kala ku memohon mati dalam rahmatNyaGugurlah engkau kala kumemohon menghuni syurgaNya
Gugurlah engkau kala kumengharap redhaNyaGugurlah engkau kala kumengharap cintaNyaGugurlah engkau kala kurindu pada PenciptaGUgurlah engkau kala kurindu hampir padaNyaGugurlah engkau kala ku rindu pada kekasihNya
Gugurlah engkau kala kusujud pada yang KuasaGugurlah engkau kala kutadabbur Kalam yang EsaGugurlah engkau kala zikirku pada Yang KuasaGugurlah engkau kerana Yang Esa
kerana kuingin setiap titismu menjadi pembelakukerana kuingin setiap titismu menjadi saksikukerana kuingin setiap titismu menyelamatkan dirikukerana kungin setiap titismu membawa ku ke syurga idamankukerana kuingin setiap titismu kudapat melihat wajah Rabbku..kerana kuingin setiap titismu bawa bahagia abadi buatkuwalau engkau hanya setitis air membasahi pipi
Sebening Air Mata
Air mata..
Zahirnya titisan bening terbit dari pelupuk mata
Mengalir kala kolam sepasang mata tiada mampu mengempangnya
Namun..
walau hanya titisan air tampak tiada harga
memberi sejuta makna pada pemilik raga
Ekspresi gelojak dan rasa di jiwa
Air mata dan tangis…
Bahasa pertama seorang manusia
untuk dewasa mencari punca
apa ingin dikhabar si kecil tercinta
Inginnya, sakit, lapar,takut, tidak selesa
tangisan dan air mata menjadi bahasa
Air Mata dan tangis
Kala sanubari dirangkul gembira..
Titis itu cermin terharu dan bahagia
Menggamit insan memandang ikut ceria
menangis gembira hati bahagia
Air Mata…
Kala kesakitan tiada terperi
Titis itulah bercerita pada pemerhati
walau ulas bibir rapat terkunci
cukup buat insan mengerti
Air Mata..
Kala sanubari dihimpit duka
titis itu teman derita
meringan beban hati sengsara
Engkaulah teman kala bahagia dan nestapa
Air Mata..
Engkaulah teman rafik raga dan sanubari
Engkau hanya biasa bagi yang tidak mengerti
hakikatnya engkaulah pembela di akhirat nanti
jika gugurmu kerana Ilahi
Air Mata..
Gugurlah engkau kerana takutku pada yang Esa
Gugurlah engkau kerana takutku pada azab di alam baqa
Gugurlah engkau kerana takutku pada azab neraka
Gugurlah engkau kerana takutku menghadapi dahsyatnya akhirat sana
Gugurlah engkau kala keinsafan di atas segala dosa
Gugurlah engkau kala rasa hinanya diriku di sisi Yang Esa
Gugurlah engkau kala kumemohon diampun dosa dan alpa
Gugurlah engkau kala kumemohon taubatku diterima
Gugurlah engkau kala kumemohon petunjukNya
Gugurlah engkau kala kumemohon bantuanNya
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam rahmatNya
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni syurgaNya
Gugurlah engkau kala kumengharap redhaNya
Gugurlah engkau kala kumengharap cintaNya
Gugurlah engkau kala kurindu pada Pencipta
GUgurlah engkau kala kurindu hampir padaNya
Gugurlah engkau kala ku rindu pada kekasihNya
Gugurlah engkau kala kusujud pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala kutadabbur Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala zikirku pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana Yang Esa
kerana kuingin setiap titismu menjadi pembelaku
kerana kuingin setiap titismu menjadi saksiku
kerana kuingin setiap titismu menyelamatkan diriku
kerana kungin setiap titismu membawa ku ke syurga idamanku
kerana kuingin setiap titismu kudapat melihat wajah Rabbku..
kerana kuingin setiap titismu bawa bahagia abadi buatku
walau engkau hanya setitis air membasahi pipi
No comments:
Post a Comment